THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 7

Pembohongan wanita...


ahaa..jgn ingat perempuan tidak pernah berbohong kat lelaki yer..jagan silap sebab diorang kadang2 akan berbohong untuk sebab tertentu..contoh nak ambil hati lelaki..ye tak?bersedialah anda kaum lelaki untuk saat ini..antaranya...

~~SAya TIDAK AKAN MENGUBAH AWAK...
kata2 itu adalah ucapan yang boleh dianggap mainan mulut sahaja.hakikatnya,mustahil dia akan menyukai segalanya tentang anda,pasti ada sifat anda yang dia ingin anda ubah atau dia akan mengubahnya...

~~SAYA SUKAKAN KAWAN AWAK...
memang dia boleh terima kawan-kawan awak TETAPI bukan untuk sepanjang masa atau untuk masa yang lama.Dia berbohong semata-mata untuk menjaga hati anda,hakikatnya dia tetap mahu mencuri masa anda dari rakan-rakan anda.

~~SAYA SAYANGKAN KELUARGA AWAK...
Yang ini ayat TERDESAK seorang wanita.kalau dia inginkan anda,pastilah dia akan berpura-pura menyukai keluarga anda.HATI-HATI dengan ungkapan ini,kerana kalau ia benar,anda seorang yang bertuah,tetapi kalau sebaliknya,bersiaplah untuk sebarang kemungkinan.

~~SAYA SUKAKAN SUKAN
dari sejak azali memang lelaki suka bersukan tak kirala apa sukan sekali pun.Penipuan ini penting baginay untuk memberikan impresi kepada anda yang dia bukan wanita biasa sebaliknya mampu berkongsi minat dengan hobi kegemaran anda.betul tak?

~~SAYA TAHU AWAK BETUL...
bilamana seorang wanita mengatakan pendapat atau nasihat anda betul,tidak semestinya dia sedang mengakuinya.sebenarnya dia sekadar berselindung di sebalik pendapat sebenarnya tetapi untuk menamatkan pergaduhan,dia mengaku yang anda betul.

~~SAYA TAK KISAH AWAK TENGOK PEREMPUAN LAIN...
sifat lelaki kalau tak tengok perempuan cantik memang tak sah.mesti nak tengok.Si wanita cuba menipu diri sendiri bahawa dia tidak kisah dengan perlakuan anda itu.Namun tak banyak,sikit,mesti akan ada perasaan cemburu dalam hatinya..

~~SAYA TAK KISAH BERAPA BANYAK HARTA AWAK...
memang la betul ada wanita yang tidak kisah berapa harta seorang lelaki itu,tapi kalau dia mengatakan dia tak ambik kisah semuanya,nyata dia cuba menipu.Hakikatnya,wanita tetap mahu temannya mempunyai pendapatan yang stabil.

0 comments: